“Seronok tengok dapat duduk gelak tawa macam ni..” Reaksi Sarah bila di sapa Syamsul, Ramai pula perasan sesuatu

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, bersyukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.

Menurut Puteri Sarah, segalanya dipermudahkan selepas mereka bertemu dan berbincang mengenai semua terma serta syarat yang bakal ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.

“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya kepada XTRA. Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.

 

 

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

Antara komen warganet melihat momen gelak tawa puteri sarah dan syamsul yusof diluar bilik mahkamah