Pelakon Shaheizy Sam Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Beliau Buat Ramai Yang Mendoakan

Kuala Lumpur – Pelakon, Shaheizy Sam dilihat sedang dirawat di sebuah pusat perubatan, MSU Medical Centre, Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Menurut Sam menerusi perkongsian di Instagram, dia sudah mengalami demam terlalu panas sebanyak dua kali sepanjang Syawal.
Sekadar info, Shaheizy Sam Abdul Samad ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990an.
Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman.
Semoga Cepat Sembuh
Sepanjang Syawal, 2 kali dah demam yang sangat panas, Supercop pun boleh tumbang?, kapsyen Sam di Instagram
Ramai yang menitipkan doa agar pelakon filem Polis Evo 3 ini diberikan kesembuhan, namun komen rakan gandingannya yang juga pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang sempat berseloroh dengan Sam turut mencuri perhatian netizen di ruangan komen.
Antara Reaksi Ramai
Khai. Mung ni degil laaa. Tolong jaga kesihatan tu kalau nok jadi adik ipor aku. Kang kene tapor baru tahu langit tu tinggi ke rendoh.
Get well soon Sam. Sekarang ni musim orang tak sihat.
Syafakallah bang, saya pun dah 3 hari kecundang, sebab panas pastu masuk kereta terus kena aircond, tambah kena hujan.
Semoga cepat sembuh bang didoakan SAM. Makan ubat. Jaga kesihatan tu.
Cuaca di Malaysia kini semakin panas. Orang ramai dinasihatkan untuk waspada dan menjaga diri.
Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal,
pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan, lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
Posting Komentar untuk "Pelakon Shaheizy Sam Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Beliau Buat Ramai Yang Mendoakan"