Ibu Ustaz Haslin Baharim meninggal dunia
Ibu kepada penceramah bebas terkenal, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood, iaitu Hamidah Jasid meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Kampung Kaki Bukit Jana, Kamunting, pada 2.20 petang.
Berita pemergian Allahyarham turut dimakluman menerusi Facebook rasmi Ustaz Haslin hari ini.
“Innalillahiwainna ilaihirajiun. Assalamualaikum.. Ibunda saya Hamidah binti Jasid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya.Menurut Ustaz Haslin, jenazah ibunya akan disolatkan di Surau Nurul Hidayah, Kampung Kaki Bukit Jana pada jam 9.30 malam ini.
Sementara itu, rata-rata pengikut Ustaz Haslin meninggalkan ucapan takziah di atas kehilangan insan tersayang hari ini.
Posting Komentar untuk "Ibu Ustaz Haslin Baharim meninggal dunia"