Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Farid Kamil Keluar Satu Kenyataan. Rata Rata Ramai Teka Ia Ditujukan Kepada Isterinya Diana Danielle

“CURANG adalah satu pilihan, setia adalah tanggungjawab,” demikian antara isi penting yang disampaikan oleh aktor Farid Kamil dalam satu kemaskini InstaStory yang dimuat naik baru-baru ini.

Farid berkongsi video yang dipetik dari sumber lain itu seolah-olah dilihat seperti mahu membalas kenyataan mengenai isu curang yang dibuat oleh isterinya, Diana Danielle di platform yang sama.

“Selalu ingat, curang adalah satu pilihan bukannya kesalahan. Manakala, setia adalah tanggungjawab dan bukan pilihan,” katanya.

Petikan itu bagaimana pun dikongsi tanpa sebarang ulasan daripada dirinya.

"Curang adalah satu pilihan, setia adalah tanggungjawab" - Farid Kamil

Sebelum ini, Diana ada memberi bayangan menerusi perkongsian InstaStory bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu. – Gempak

Sebelum ini, Diana ada memberi bayangan menerusi perkongsian InstaStory bahawa Farid tidak mengenal dirinya susulan dakwaan curang yang dilemparkan oleh suaminya itu.

Kata Diana, selepas hilang perasaan cinta terhadap Farid, hatinya sudah tidak dapat lagi menanggung kesakitan apatah lagi membiarkan diri terus dilukai.

Pada 10 Mac lalu Diana mengejutkan industri hiburan negara apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun sehingga kini kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.

Posting Komentar untuk "Farid Kamil Keluar Satu Kenyataan. Rata Rata Ramai Teka Ia Ditujukan Kepada Isterinya Diana Danielle"