Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Adik minta 20 sen untuk beli ais krim sebelum maut digilis lori

Melaka: "Sebelum kejadian arwah datang minta 20 sen daripada saya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk beli aiskrim.

"Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir.

Demikian luahan pekerja kontrak, Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37, mengenai detik sebelum kejadian anak bongsunya, Nur Qayra Quraisya, 5, maut digilis lori pasir ketika bermain bersama sepupunya berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Muhamad Qayyum berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan supaya Nur Qayra Quraisya yang mesra disapa 'Adik' pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.

"Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.

"Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan," katanya

Posting Komentar untuk "Adik minta 20 sen untuk beli ais krim sebelum maut digilis lori"