“Nak Tengking Belakang Dik….” Tk cukup dengan itu, Ini ayat padu Kaklina

Apabila mengetahui ada rakan artis yang tidak bersetuju dengan caranya menengking Sissy Iman di sebuah acara TV minggu lepas, Mummy Mas Idayu meminta agar mereka tidak masuk campur dalam tugasnya menjuri. Pun begitu, Kak Lina melalui temubual dengan ‘Mingguan Wanita’ nampaknya berani untuk buka suara. Apa saja teguran terlalu keras, belakang kameralah dik..Kata sayang.

Baginya secara peribadi, sebarang kritikan melampau seharusnya dilakukan di belajang tabir dan bukannya dibuat di hadapan ramai orang. Tambah pula bagi isu Mas Idayu kali ini, peserta yang ditegurnya iaitu Naim Daniel serta Sissy Iman bukanlah calang-calang anak seni.

Jika dilihat kembali, masing-masingnya mempunyai kekuatan latar belakang muzik yang bagus serta pernah memenangi anugerah besar. Terbaik Kak Lina, sokong 100%…Harap Mas Idayu tengok video ni.

Cukup berhati-hati menyusun kata namun sangat mengena, ramai bersetuju dengan pendapat bernas artis berusia 42 tahun ini. Bahkan mereka memuji keberanian Kak Lina bersuara secara terbuka seperti ini.

Netizen juga bersetuju bahawa seseorang yang sudah lagend seharusnya humble dan profesional dalam menyampaikan teguran. Yang berumur bukan selalunya betul kerana pendapat orang muda juga harus diraikan secara sama rata.

“Terbaik la kak lina.. betul apa g disampaikan tu.. tak semestinya kita tua, kita lebih bagus.. kadang2 g tua pun kena terima pendapat orang muda..”
“Salute dengan pandangan kak lina,itulh nama maturity, tegurlah dgn cara professional.ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk.kan helok macam tu kn..”
“kak Lina pom2 paling tip top.. Artis mcm ni la kita mahu,setiap manusia Ada hati & perasaang©