Malam tadi diorang bincang pun tenang dekat rumah saya, siap boleh…” Nampak kembali mesra, Rupanya Individu ini yang rancang pertemuan semalam

“Alhamdulillah tenang. Berkah Ramadhan. Semoga berakhir dengan baik,” demikian kata Puteri Sarah Liyana pada gambar yang dimuat naik di Instastory sebelum memasuki kamar mahkamah pagi tadi. Media hari ini melaporkan, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof, bersepakat untuk bercerai memandangkan masalah rumah tangga mereka tidak menemui jalan penyelesaian.
Difahamkan, pasangan itu mengadakan pertemuan pada malam Ahad untuk berbincang mengenai perkara berkaitan dengan terma dan syarat masing-masing. Puteri Sarah turut berkongsi video rakaman kenalannya yang menunjukkan dia berbual, berbincang, malah berjalan seiringan dengan Syamsul di mahkamah, membuatkan segelintir netizen bersedih.
Perkongsian daripada kenalan Puteri Sarah juga menambahkan lagi kesayuan netizen yang setia memberi sokongan kepada pelakon itu selama ini. “Sedih pula tengok adik-adik saya dalam gambar ini. Malam tadi diorang discuss pun di rumah saya. Berkat Ramadan, discussion itu tenang dan diorang boleh gelak-gelak lagi.
“Terlerai sebuah ikatan kerana kejahatan seorang manusia. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya dan Sarah berhak mengejar kebahagiannya sendiri. Doa kami semua mengiringmu,” katanya. Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk kedua-dua belah pihak merekodkan terma berpisah secara baik.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.
Antara komen warganet melihat momen gelak tawa puteri sarah dan syamsul yusof diluar bilik mahkamah.
Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.
Berlaku perjumpaan antara pihak Syamsul, 39, dan Sarah, 38, malam semalam bagi membincangkan perkara terbabit.
“Pada hari ini ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini. Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.
Posting Komentar untuk "Malam tadi diorang bincang pun tenang dekat rumah saya, siap boleh…” Nampak kembali mesra, Rupanya Individu ini yang rancang pertemuan semalam"