“kita tk boleh nak hidup dengan kenangan lama..” Brcerai 5tahun lepas, Akhirnya penyanyi Ziana zain buat keputusan demi Anak2

PENYANYI Ziana Zain tidak pernah memutuskan hubungan empat anakya dengan bekas suami, Armin Zaharin meskipun mereka sudah bercerai sejak lima tahun lalu. Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, berkata, apa berlaku di antara mereka adalah kisah lama dan tidak perl melibatkan anak-anak malah sering mengingatkan mereka agar sering menghubungi bapa mereka.

“Saya selalu ingatkan anak-anak supaya hubungi bapa mereka. Kalau sudah lama tidak berjumpa pun, saya akan bertanya. Berd0sa kalau kita putuskan hubungan mereka.

Ziana akan sentiasa pastikan anak-anak menghubungi bapa mereka. “Apa yang berlaku adalah kisah lama antara kami. Saya tak mahu anak-anak derhaka kepada ibu bapa mereka. Jadi janganlah cakap buruk fasal bapa mereka kepada anak-anak, katanya kepada mStar.

Ziana ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat. Tambah penyanyi lagu Madah Berhelah ini, dia juga sudah lama memaafkan bekas suaminya itu atas kemelut rumah tangga yang pernah berlaku sebelum ini.

Kata Ziana, hatinya lebin tenang jika berbuat demikian daripada terus menyimpan dendam terhadap Armin. “Dari dulu lagi saya sudah maafkan. Kalau tak maafkan kita akan bawa beban it sampai akhirat. Saya mahu hati dan fikiran rasa lapang.

“Dalam hidup ini kita tak boleh nak hidup dengan kenangan lama. Kita kenalah move forward. Kalau asyik ingatkan kisah lama kita akan menyimpan dendam,” jelasnya.

Tambah Ziana, dugaan yang dilalui ole setiap orang adalah berbeza dan dia reda dengan ketentuan hidup apabila bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga. Mengulas tentang is perceraian dalam kalangan artis yang hangat diperkatakan sekarang, Ziana berkata akan ada kebaikan dalam setiap ujian hidup manusia.

“Saya doakan semua orang yang berdepan dengan ujian ini dipermudahkan. Percayalah dalam setiap ujian akan ada nikmat menanti, jelasnya. Ziana percaya dalam setiap ujian rumah tangga ada nikmat besar menanti.

Untuk rekod Ziana dan Armin bernikah pada 9
Mei 1998 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 23, dan Muhammad Ammar, 19, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 15. Pasangan it sah bercerai talak satu pada Julai 2018.