Kenyataan Diana Danielle bercanggah dgn laporan p0lis? Farid Kamil d3dahkn di mhkamah.

Pelakon dan pengarah Farid Kamil mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya, Diana Danielle baru-baru ini di laman Insta Story adalah bercanggah dengan laporan polis yang dibuat sebelum ini.

“Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat,”ujarnya menerusi hantaran Insta Story.

Bawa kes ke mahkamah

Malah, pelakon filem Anwar: The Untold Story turut menegaskan segala tuduhan dan fitnah dilemparkan oleh pelakon filem Imaginur itu hanyalah rekaan. Oleh itu, dia akan membawa segalanya ke dalam perbicaraan kes mereka nanti.

“Semua tuduhan dan fitna yang direka itu akan saya kemukakan dan akan diperdengarkan di mahkamah,”tulisnya.

Terdahulu, aktres berusia 32 tahun itu mendakwa Farid sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan, malah turut berhutang dengannya.

Bukan itu sahaja, Farid dikatakan telah memungkiri janji untuk membayar semula semua kos mereka sewaktu pergi menunaikan umrah pada Februari lalu. Bagaimanapun, pengarah filem Remp-it 2 itu mampu membeli kereta baharu selain cincin kahwin yang sebelum ini hilang.