kadang2 benda tk boleh nak dielakkan.. i nak..” Akhirnya Ahirine dedah status bersama Farid kamiI yang patut Diana tahu

“kadang2 benda tk boleh nak dielakkan.. i nak..” Akhirnya Ahirine dedah status bersama Farid kamiI yang patut Diana tahu
Dalam sidang terbaru yang berlangsung 5 April lalu, Farid Kamil teguh dengan keputusannya enggan berpisah dengan Diana Danielle. Mahu berusaha memperbaiki hubungan keluarga kecil mereka, dia juga berhasrat `mengembalikan semula’ sosok ibu bapa buat Muhammad dan Aurora. Nama Ahirine dikaitkan sebagai punca keberantakan hubungan FK & DD.
Sebelum ini, Farid Kamil pernah mendakwa isterinya mempunyai orang ketiga di sebalik pernikahan mereka. Namun tiada angin tiada ribut, peliknya nama pelakon Ahirine Ahirudin pula `dipetik’ dan dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti berkenaan.
Kami main moto sama-sama, muay thai sama-sama tapi bukan setiap hari. Pernah bergandingan bersama Farid Kamil dalam filem `Remp-It 2′, Ahirine yang juga bergelar pengacara dan wartawan bagaimanapun menafikan fitnah liar berkenaan. Menerusi temubual bersama Hlive, wanita berusia 27 tahun ini akui memang rapat dengan Farid namun secara profesional atas dasar urusan kerja sahaja, tidak lebih daripada itu.
Saya & DD takde masalah…Masalah diaorang itu antara diaorang…Taknak masuk campur. Berkenaan hubungannya dengan Diana Danielle pula, mereka berdua langsung tiada masalah lain. Bahkan, DD akan menyertai kedua-duanya jika ada keperluan melakukan aktiviti bersama.
Sebenarnya, terdahulu video Farid menyarungkan topi keledar kepada Ahirine sempat tular membuatkan ramai mencetuskan spekulasi bukan-bukan. Menerusi video berdurasi lapan saat itu, Farid Kamil sedang menumbuk aktres, Ahirine Ahirudin di bahagian perut. “Dibalas kembali. Check dulu sebelum bagi,” tulisnya di kapsyen video berkenaan.
Berdasarkan video tersebut, Farid mendekatkan wajahnya dengan Ahirine untuk melihat reaksinya dahulu sebelum ditumbuk sama ada dia telah bersedia ataupun tidak. Meskipun hanya bergurau dan tumbukan itu tidak kuat, namun ada segelintir netizen memberi teguran kepada pelakon filem Remp-it itu.
dia juga sedang dilamun cinta namun enggan memperincikan perihal terbabit. “Penyondol? Buat apa saya nak sondol kalau saya sedang bahagia dengan orang lain?
Posting Komentar untuk "kadang2 benda tk boleh nak dielakkan.. i nak..” Akhirnya Ahirine dedah status bersama Farid kamiI yang patut Diana tahu"