“Alhamdulillah Sah” Zarina Zainuddin Terawal ucap Pengantin Baharu. Ini pula Reaksi Janna Nick

Sehingga kini, status hubungan cinta Janna Nick masih menjadi tanda tanya sehingga ada yang berkali-kali berteka-teki siapakah kekasih Janna yang sebenar?

Namun baru-baru ini, rakan selebriti tanah air Zarina Zainuddin memuat naik video di laman Instagram miliknya menampakkan Janna yang kelihatan ayu berpakaian pengantin serba putih dan terlihat begitu cantik di atas pelamin bersama pasangannya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata warganet memuji kecantikan Janna sebagai pengantin cantik.

Terdahulu, selepas pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann membuat pengumuman bakal berkongsi berita besar,sehingga kini masih tiada sebarang pengumuman lanjut.

Menerusi laporan Berita Harian, pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 27 tahun itu berkata, dia akan mengadakan pertemuan dengan media bagi berkongsi berita baik.

Enggan mendedahkan butiran baik yang ingin dikongsi, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata dia sedang menyusun perancangan untuk masa depan, insya-Allah ada berita baik yang mahu dikongsikan.

“Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat” – jelas Janna.