“Alhamdulilah..” Ibu Shuib Menangis! Walaupun Selamat Bernikah! Ini Sebab Beliau Sebak!!

(Video penuh ada di bawah)

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya sebagai sebuah takdir yang telah ditentukan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, meskipun tidak pernah melupakan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin namun dia menganggap kehadiran wanita itu dalam hidupnya mempunyai sebab tersendiri.

“Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya.

“Zalimlah saya kalau saya tidak menghargai orang itu. Saya tidak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya,” katanya kepada mStar.

Shuib menghargai kehadiran Watie dalam hidupnya.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kamya Fest 2023 yang diadakan di Hotel citizenM Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib berkata dia tertarik dengan personaliti usahawan berkenaan kerana sikap penyayang ditonjolkan selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.

Kata Shuib, apa lebih mengagumkan, Watie turut mengambil tanggungjawab menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak kecil.

“Saya sangat selesa dengannya kerana Watie seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

“Saya melihat pada pasangan jika satu hari kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,” ujarnya.

Sementara itu, menjelaskan kehadiran mereka menghadiri konsert penyanyi Lah Ahmad Sabtu lalu, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak.